fbpx

139 warga sekolah Seri Puteri positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

SHAH ALAM – Jumlah warga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Seri Puteri yang dijangkiti Covid-19 terus meningkat dengan 139 individu setakat pukul 3 petang tadi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ri Ngadiman berkata, pengesanan itu hasil saringan terhadap 946 orang di sekolah tersebut.

Kata beliau, mereka yang dijangkiti terdiri daripada 114 pelajar, 15 guru dan 10 petugas.

“Kes-kes positif akan dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, manakala kontak rapat akan ditempatkan di stesen kuarantin kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan, kesemua yang positif Covid-19 berada dalam keadaan stabil dan dan merupakan pesakit kategori 1 dan kategori 2A (bergejala, tetapi risiko rendah).

Sha’ri menjelaskan, kes indeks bagi kluster tersebut merupakan seorang guru di sekolah terbabit yang didapati bergejala pada 22 November lalu dan disahkan positif Covid-19 pada dua hari kemudian.

“Hasil saringan kontak rapat telah mengesan tujuh lagi kes iaitu enam pelajar dan seorang lagi guru sebelum kluster Covid-19 itu diumumkan sebagai Kluster Persiaran Tasik pada 29 November lalu.

“Kesemua enam pelajar kini telah dirujuk ke PKRC MAEPS, Serdang, manakala kedua-dua guru tersebut menjalani pengasingan di rumah,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI