fbpx

Zulkifli dilantik Pengerusi LPU USIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelantikan Zulkifli sebagai Pengerusi LPU USIM bermula 1 Disember 2021 sehingga 30 November 2024.

SEREMBAN – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu.

USIM menerusi kenyataan memaklumkan, pelantikan tersebut bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Disember 2021 hingga 30 November 2024 dan ia juga telah dipersetujui oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad mengambil kira kepimpinan dan pengalaman luas beliau dalam bidang agama, akademik dan pentadbiran.

“Pengurusan universiti mengucapkan setinggi tahniah kepada Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri atas pelantikan ini dan percaya dengan kepimpinan dan pengalaman luas yang dimiliki akan membawa USIM terus kehadapan dalam menerajui institusi pendidikan tinggi (IPT) yang berteraskan integrasi ilmu naqli dan ilmu aqli,” kata kenyataan itu lagi.

Penglibat Zulkifli bersama USIM bukanlah asing kerana beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang di USIM pada tahun 2006 sehingga 2008 dan juga merupakan Panel Penasihat di fakulti yang sama sejak 2013 sehingga kini.

Berpengalaman luas sebagai seorang pemimpin dan agamawan yang dikenali dan disegani, beliau juga diberikan kepercayaan penuh untuk menjawat jawatan penting termasuklah sebagai Mufti Wilayah Persekutuan bermula tahun 2014 sehingga 2020.

Zulkifli juga pernah menyertai Majlis Penasihat Syariah Bank Negara, Panel Pakar Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dan Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI