fbpx

Penemuan kuil matahari Mesir buka lembaran baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SISA bangunan yang tertimbus di bawah kuil lain dijumpai di bahagian selatan Kaherah, Mesir.

AHLI arkeologi mendakwa, telah menemui tapak bersejarah dipercayai sebagai salah satu kuil matahari Mesir yang hilang.

Kuil yang ditemui itu dikatakan berusia 4,500 tahun.

Ketua ekspedisi pencarian kuil itu, Massimiliano Nuzzolo berkata, pasukan pencari menemui sisa-sisa bangunan tertimbus di bawah kuil lain di Abu Ghurab terletak kira-kira 19 kilometer di bahagaian selatan Kaherah, Mesir.

Sebelum ini, pada 1898, ahli arkeologi yang bekerja di tapak itu menemui kuil matahari Nyuserra.
Nyuserra ialah raja keenam dari dinasti kelima yang memerintah Mesir antara 2400 dan 2370 Sebelum Masehi.

Penemuan baru-baru ini juga memungkinkan bahawa tapak bersejarah itu dibina di atas tinggalan kuil matahari yang lain.

“Ahli arkeologi abad ke-19 hanya menggali sebahagian kecil struktur bata lumpur yang berada di bawah kuil batu Nyuserra.

“Mereka membuat kesimpulan itu adalah bangunan awal kuil yang sama.

“Sekarang, penemuan kami menunjukkan bahawa ini adalah bangunan yang sama sekali berbeza, didirikan sebelum Nyuserra,” jelas Nuzzolo.

Penemuan itu juga menemui mohor diukir dengan nama raja yang memerintah sebelum Nyuserra.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI