fbpx

[VIDEO] ‘Neelofa hamil, tak sesuai lanjutkan kes’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN terkini Neelofa ketika hadir ke sebuah majlis anjuran jenama terkemuka beberapa hari lalu.

SEREMBAN – Kenyataan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang tidak mahu kes mahkamah ke atas anak guamnya, Noor Neelofa Mohd. Noor berlarutan disebabkan keadaannya yang sedang hamil seolah-olah mengesahkan teka-teki berhubung status kehamilan selebriti itu.

“Tetapi (jika kes diteruskan) ia akan berlarutan jadi panjang, dengan keadaan Noor Neelofa yang hamil tidak sesuai kita jalankan kes ini, kita ambil cara mudah,” katanya ketika ditemui selepas prosiding kes di sini hari ini.

Sebelum ini, Noor Neelofa tidak pernah memberikan sebarang kenyataan berhubung status kehamilannya.

Terdahulu, Noor Neelofa yang memakai jubah berwarna biru dilihat berhati-hati ketika berjalan dan ‘baby bump’ jelas kelihatan ketika hadir bagi prosiding sebutan semula kes di Kompleks Mahkamah Seremban di sini hari ini.

Selebriti yang juga usahawan itu kelihatan sedang sarat mengandung dan memimpin tangan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail ketika berjalan.

Dalam prosiding hari ini, Mahkamah Majistret telah melepas tanpa membebaskan Noor Neelofa dan suaminua daripada tuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI