fbpx

Mora puji karakter juara pemain sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT mengesahkan tempat ke final Piala Malaysia selepas menundukkan TFC dengan agregat 4-1 pada saingan separuh akhir kelmarin.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora memuji aksi anak buahnya yang mempamerkan karakter juara setelah menjinakkan Terengganu FC (TFC) untuk menempah tiket ke final Piala Malaysia edisi ke-100 pada 30 November ini.

Mora yang menggunakan taktikal menyerang dengan formasi 3-5-2 nyata berjaya mengejutkan pasukan pelawat dengan meledak tiga gol dalam 15 minit.

Persembahan memberangsangkan itu pastinya meletakkan JDT sebagai pasukan pilihan untuk menjulang Piala Malaysia edisi kali ini ketika dijadual menentang Kuala Lumpur City FC.

Mora berkata, Bergson Da Silva dan Gonzalo Cabrera yang bergandingan di jentera sera­ngan sangat efisien apabila ­ma­sing-masing memahatkan nama dalam senarai penjaring.

“Mereka dapat membaca permainan kita sebelum ini, sebab itu kita menggunakan taktikal yang berbeza.

“Kita bermula dengan sa­ngat baik, pemain memikul tugas mengikut taktikal yang direncanakan serta menunjukkan kesungguhan untuk memburu gol awal.

“Tiga gol awal ini memberi kelebihan kepada pasukan untuk menjadi lebih stabil biarpun kemudiannya beraksi dengan 10 pemain. Motivasi tinggi ini perlu dikekalkan pada perlawanan akhir nanti,” katanya.

Pada perlawanan itu, Bergson menjaringkan dua gol, manakala Cabrera menambah satu gol bagi membantu pasukan menang 3-0 dan mara dengan agregat 4-1.

Mengulas mengenai aksi separuh akhir kedua malam tadi, Mora memuji aksi kuda tua JDT, S. Kunanlan yang mempamerkan aksi memukau mematahkan serangan dari sayap kiri pasukan lawan.

“Saya suka dengan komitmen yang ditunjukkan Kunanlan. Dia sangat professional dan sentiasa memberikan aksi terbaik setiap kali diberikan peluang turun ke padang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI