fbpx

Ratusan bungkusan mel ditemui dibuang di Alabama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pejabat Syerif Daerah Blount menemui ratusan bungkusan milik syarikat kurier FedEx yang dibuang di dalam gaung di Alabama. - Pejabat Syerif Daerah Blount

BLOUNT, ALABAMA – Beratus-ratus bungkusan syarikat kurier, FedEx ditemui dibuang di dalam gaung di sebuah kawasan pedalaman di Alabama, Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Pejabat Syerif Daerah Blount dalam satu hantaran di laman Facebook menyatakan, kira-kira 300 hingga 400 bungkusan pelbagai saiz itu ditemui di sebuah tanah persendirian pada Rabu lalu.

“Kami berharap akan menemui jawapan mengenai perkara ini tidak lama lagi, ” demikian tulis pembantu syerif pada hantaran itu.

Selepas dihubungi oleh pihak berkuasa, FedEx menghantar beberapa pemandu trak untuk mengambil bungkusan-bungkusan tersebut.

Pihak berkuasa tidak membuat spekulasi mengenai siapa yang mungkin bertanggungjawab ke atas bungkusan yang dibuang itu,  namun mengucapkan terima kasih kepada pekerja FedEx  itu kerana datang bekerja ketika cuti Hari Kesyukuran di AS.

Syerif Daerah Blount, Mark Moon berkata,  bungkusan itu telah berada di tempat kejadian dalam tempoh 24 jam ketika ditemui.

“Gaung itu tidak begitu dalam dan pekerja-pekerja FedEx  akan dapat membawa semula  bungkusan-bungkusan tersebut ke dalam trak mereka,” kata Moon. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI