fbpx

Kos haji dijangka meningkat 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (dua dari kiri) melawat kawasan rumah mangsa yang terbakar di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu hari ini. - ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Kerajaan menjangkakan kos untuk menunaikan ibadah haji bagi jemaah dari negara ini meningkat sehingga 50 peratus pada tahun depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, sebelum ini, kerajaan Arab Saudi menetapkan jumlah kos haji sebanyak RM23,000 dan meningkatan itu boleh mencecah sehingga RM30,000.

Menurutnya, kenaikan itu secara dasarnya disebabkan oleh peningkatan Cukai Nilai Tambah (VAT) di Arab Saudi daripada lima peratus kepada 15 peratus pada tahun depan.

“Selain itu, perubahan prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan oleh kerajaan Arab Saudi semasa pandemik Covid-19 juga menyumbang kepada peningkatan kos haji.

“Sebagai contoh, jemaah haji ditempatkan di hotel mereka seramai enam orang sebilik sebelum ini dan apabila SOP baharu itu diperkenalkan, hanya dua orang jemaah sahaja dibenarkan tinggal sebilik. Bagaimanapun, sebarang perubahan mengenai kos haji akan diumumkan semula kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kepada 18 keluarga yang merupakan mangsa kebakaran dua minggu lalu di Jalan Sultanah Zainab di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Ahmad Marzuk, beliau meminta semua pihak bertenang mengenai perkara ini kerana Tabung Haji (TH) akan cuba untuk terus membantu menanggung sebahagian kos jemaah selepas ini.

Ujarnya, bagaimanapun, kerajaan masih belum dapat memberi keputusan mengenai jumlah sebenar tanggungan yang bakal dibantu Tabung Haji (TH) sekiranya kos haji meningkat.

“Kerajaan tidak pernah menaikkan kadar kos haji sejak 2001. Dalam tempoh itu, TH mengekalkan kos menunaikan haji sebanyak RM9,980 meskipun jumlah sebenar yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi adalah RM23,000,” katanya.

Dalam perkembangan sama, menurut Ahmar Marzuk, kerajaan masih belum mendapat sebarang makluman mengenai kuota jemaah haji daripada Arab Saudi pada tahun depan.

Tambahnya, bagaimanapun, kerajaan tetap akur dengan arahan yang diputuskan oleh Arab Saudi sekiranya kuota jemaah dikurangkan berbanding kuota sedia ada iaitu seramai 30,000 orang. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI