fbpx

Chelsea bakal tambah derita United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA pemain yang dijangka meletup untuk aksi minggu ini bagi meraih mata yang maksimum..

Oleh IRFAN BURHANUDDIN

TUMPUAN saingan minggu ke-13 Fantasi Premier League (FPL) sudah pasti terarah kepada pertembungan hebat antara dua pasukan, Chelsea menentang Manchester United di Stamford Bridge awal pagi Isnin ini.

Situasi semasa United tanpa kelibat pengurus tetap dengan kekosongan itu kini diisi sementara waktu oleh Michael Carrick bakal dimanfaatkan sepenuhnya oleh Chelsea selaku juara Eropah dan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Hari ini, Kosmo! berkongsi beberapa tips bagi membolehkan para pengurus FPL melakukan pertaruhan terbaik dalam usaha memburu mata maksimum ketika saingan musim ini.

PENJAGA GOL
AARON Ramsdale dijangka kembali mempamerkan permainan terbaiknya memastikan gawang Arsenal tidak dibolosi menentang Newcastle malam ini selepas tewas teruk kepada Liverpool minggu lalu.

PERTAHANAN
REECE James terus menjadi pilihan utama di bahagian pertahanan meskipun Chelsea berdepan tugas sukar menentang United pada Isnin ini berdasarkan kecemerlangannya mengutip 54 mata daripada empat perlawanan terakhir.

TENGAH
BERNARDO Silva muncul pemain terbaik Manchester City ketika ini dan dia dijangka kekal dalam kesebelasan utama berdepan West Ham United esok walaupun skuad kendalian Pep Guardiola itu sering kali melakukan pertukaran.

PENYERANG
RAUL Jimenez seakan-akan sudah menemui semula sentuhan penyudah tajamnya apabila berjaya menjaringkan dua gol dalam tiga aksi terakhir bersama Wolves. Teemu Pukki juga boleh menjadi alternatif kerana harganya yang murah.

KAPTEN
MOHAMED Salah sekali lagi menjadi pilihan Kosmo! sebagai kapten FPL minggu ini disebabkan rekod cemerlangnya dengan 11 gol dan lapan bantuan jaringan, lebih-lebih lagi apabila turun menentang Southampton di Anfield.

FORMASI: 4-4-2
NILAI KESELURUHAN: £97.8 juta

 

KESEBELASAN UTAMA

Penjaga gol
Aaron Ramsdale (Arsenal) – £4.8

Pertahanan
Trent Alexander-Arnold (Liverpool) – £7.8
Reece James (Chelsea) – £6.1
Antonio Rudiger (Chelsea) – £5.9
Joao Cancelo (Man. City) – £6.6

Tengah
Mohamed Salah (Liverpool) – £13.0
Conor Gallagher (C. Palace) – £6.0
Leandro Trossard (Brighton) – £6.5
Bernardo Silva (Man. City) – £7.2

Penyerang
Raul Jimenez (Wolves) – £7.8
Teemu Pukki (Norwich) – £5.8

Simpanan
Ben Foster (Watford) – £4.1
Emmanuel Dennis (Watford) – £5.3
Emile Smith Rowe (Arsenal) – £6.6
Rayan Ait Nouri (Wolves) – £4.3

 

JADUAL PERLAWANAN

SABTU

ARSENAL lwn NEWCASTLE
Siaran langsung Astro 813, 8.30 mlm

C. PALACE lwn A. VILLA
Siaran langsung Astro 811, 11 mlm

LIVERPOOL lwn SOUTHAMPTON
Siaran langsung Astro 813, 11 mlm

NORWICH lwn WOLVES
Siaran langsung Astro 812, 11 mlm

AHAD

BRIGHTON lwn LEEDS
Siaran langsung Astro 811, 1.30 pagi

BRENTFORD lwn EVERTON
Aksi berlangsung pada pukul 10 mlm

BURNLEY lwn TOTTENHAM
Siaran langsung Astro 812, 10 mlm

LEICESTER lwn WATFORD
Siaran langsung Astro 813, 10 mlm

MAN. CITY lwn WEST HAM
Siaran langsung Astro 811, 10 mlm

ISNIN

CHELSEA lwn MAN. UNITED
Siaran langsung Astro 813, 12.3O tengah mlm

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI