fbpx

Aksi pak cik bonceng motosikal bawa cermin undang tawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu dilihat memegang cermin ketika membonceng motosikal. – TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki berpangkat ‘pak cik’ memegang cermin ketika membonceng sebuah motosikal menjadi tular kerana disifatkan netizen sebagai lucu, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video yang dirakam pengguna jalan raya lain itu dimuat naik di TikTok pada akaun bernama @fiskal_99. 

‘’Saya tidak kuat,’’ tulis keterangan pada hantaran tersebut.

Berdasarkan klip video tersebut, lelaki itu memegang cermin besar sehingga menutupi penunggang di hadapannya jika dilihat dari belakang. 

Bukan itu sahaja, kedudukan cermin yang menghadap dirinya membuatkan keadaan lelaki tersebut kelihatan lucu kerana refleksi dirinya dapat dilihat dengan jelas oleh orang ramai.

Orang ramai bahkan ada yang berasa risau kerana dia dilihat seolah-olah menunggang motosikal dalam keadaan terbalik.

Netizen yang menonton video itu mula membanjiri ruangan komen.

“Definisi cermin diri sendiri sebelum mengata orang lain,” kata seorang netizen.

“Lihat macam ini pun kelakar, kenapa tak dipusing sahaja cerminnya,’’ ujar yang lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI