fbpx

RM9.25 juta untuk projek tebatan banjir Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin

SHAH ALAM – Sebanyak RM9.25 juta diperuntukkan bagi Projek Tebatan Banjir Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan tersebut diberikan kepada projek tebatan banjir lembangan Sungai Langat, lembangan Sungai Klang dan lembangan Sungai Selangor.

“Semua projek ini perlu dilaksanakan segera terutamanya lembangan Sungai Langat.

“Projek-projek ini akan dilaksanakan secara sinergi kerana ia juga turut melibatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022, hari ini.

Jelas beliau, tambahan peruntukkan RM15.6 juta turut diberikan bagi memastikan projek tersebut diuruskan dengan baik selepas siap nanti

Selain projek tersebut, sebanyak RM9.2 juta telah diperuntukkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor bagi menambah baik sistem saliran di kawasan yang telah dikenal pasti.

“JPS Selangor juga akan melaksanakan projek Kolam Takungan Banjir di Rawang Integrated dan Kampung Budiman, Klang.

“Peruntukan dua projek tersebut masing-masing bernilai RM15 juta dan RM20 juta,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI