fbpx

Mekanik maut, isteri cedera akibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Bezza dinaiki Che Malias dan isteri yang terbalik selepas terlibat dalam kemalangan di KM 109 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Kawasan Perindustrian Kerteh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang mekanik maut manakala isterinya cedera ringan selepas kereta Perodua Bezza dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 109 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kawasan Perindustrian Kerteh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, mangsa, Che Malias Harun, 69, maut akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan manakala kaki kiri isterinya, Missroheemah Dueloh, 51, pula cedera.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Geliga, Chukai di sini selepas membeli madu lebah di Kampung Merchang, Marang.

“Kereta jenis Perodua Bezza dipandu mangsa dipercayai tiba-tiba hilang kawalan sewaktu melalui selekoh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, kereta tersebut kemudiannya berpusing beberapa kali sebelum terbalik ke kiri jalan.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat manakala isterinya pula dikejarkan ke klinik berdekatan bagi rawatan lanjut.

Sementara itu, Missroheemah berkata, dia yang terlelap sewaktu kejadian hanya menyedari terlibat dalam kemalangan selepas kereta dinaiki bersama suaminya berpusing beberapa kali.

“Waktu itu saya hanya mampu mengucap dan beristighfar sahaja. Saya tak sedar apa yang berlaku, tahu-tahu suami sudah berada di luar kenderaan.

“Tidak pasti dia tercampak atau pun dikeluarkan orang lain. Saya gagahkan diri keluar dari kereta yang terbalik walaupun sedar kaki saya cedera,” katanya yang terkejut dengan pemergian suaminya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI