fbpx

Malaysian Tigress hantar skuad muda ke ACT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA Tigress akan dibarisi rata-rata pemain muda yang akan mengibar cabaran pada saingan ATC nanti. - FB MHC

KETUA jurulatih skuad projek khas wanita kebangsaan, Mohd. Nasihin Nubli Ibrahim enggan meletakkan tekanan tinggi kepada 20 pemainnya pada Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita di Donghae, Korea Selatan bermula 5 hingga 12 Disember ini.

Malaysia membariskan rata-rata pemain muda dalam lingkungan usia 22 tahun untuk menghadapi lawan-lawan kuat yang kebanyakannya menghantar barisan senior seperti India, China, Korea Selatan, Jepun dan Thailand.

Begitupun, Nasihin mahu anak-anak buahnya memanfaatkan peluang beraksi di ACT untuk menimba pengalaman sebanyak yang boleh kerana matlamat utama penubuhan skuad projek khas itu adalah Sukan Asia 2026.

“Ini adalah satu platform terbaik untuk kami terus meneliti perkembangan pemain dan memberikan pengalaman yang sangat berguna buat mereka di pentas antarabangsa.

“Kejohanan ini dapat membantu membentuk keyakinan tinggi dalam diri mereka kerana beraksi menentang negara-negara yang berkedudukan ranking lebih tinggi.

“Walaupun tiada tekanan tetapi para pemain masih perlu memberikan persembahan yang terbaik dan membuktikan mereka berhak berada dalam pasukan kebangsaan,” katanya dalam sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Tonggak berpengalaman negara, Juliani Mohamad Din dilantik sebagai kapten untuk membimbing pemain-pemain muda menghadapi saingan ACT yang pernah menyaksikan Malaysia meraih tempat ketiga pada edisi 2013 di Kakamigahara, Jepun.

Sebagai rekod, Malaysian Tigress menyenaraikan 12 muka baharu daripada senarai 20 pemain yang berpeluang membuat debut di pentas antarabangsa pada kejohanan itu nanti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI