fbpx

Tujuh kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Tujuh lagi kluster baharu dilaporkan, menjadi antara penyumbang kepada kes harian negara yang mencatatkan sebanyak 6,144 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes hari ini, 12 daripadanya adalah kes import dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,608,979 kes.

“Sebanyak 96 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 6,048 kes (98.4 peratus) kategori satu dan dua.

“Kes sembuh pula merekodkan 6,602 kes dengan jumlah pesakit sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,510,029 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, terdapat 516 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 272 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI