fbpx
ORANG suruhan ah long meninggalkan nota ugutan selepas menyimbah cat merah pada rumah Zulkifli di Kulai pada Ahad lalu.

Terkejut rumah disimbah cat merah, diugut bayar hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Seorang penghantar makanan terkejut apabila rumahnya disimbah cat merah selain menerima nota ugutan membayar hutang ah long walhal dia atau ahli keluarganya tidak pernah membuat pinjaman se­perti didakwa.

Dia yang dikenali sebagai Zulkifli, 36, berkata, kejadian Ahad lalu itu berlaku ketika dia sekeluarga baru tiba dari kampung di Kota Tinggi.

“Tiga daripada lapan kucing saya turut terkena cat merah. Beberapa ikan peliharaan saya turut mati dan mereka ugut mahu bakar rumah saya.

“Bila saya hubungi nombor yang ditinggalkan, dia kata kami perlu bayar dan tidak mahu de­ngar sebarang alasan. Saya kemudian membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat Bukit Batu, Taman Tropika di sini.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Keng, 45, berkata, penyewa rumahnya terpaksa ke­luar kerana bimbang keselamatan terancam selepas kediamannya disimbah cat merah pada September lalu gara-gara pinjaman SG$450 (RM1,376).

“Anak lelaki saya hanya bertanya dengan ah long dan dia terus masukkan wang. Dia menolak tetapi diugut pula supaya bayar SG$700 (RM2,153) jika enggan terima,” katanya yang kini bekerja sebagai kerani di Singapura. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN