fbpx

Muhasabah diri, jangan melatah isu sotong goreng RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar sotong diubahsuai yang tular di media sosial.

GEORGE TOWN – Pertubuhan Komuniti India Muslim Malaysia (IMcom) kesal dengan tindakan segelitir netizen yang dikatakan ‘cepat melatah’ berhubung isu penyebaran maklumat berkaitan harga makanan terutama yang dipasarkan di restoran nasi kandar di negeri ini.

Ini susulan isu harga dua ekor sotong goreng yang dikenakan RM100 di sebuah premis popular di Pulau Mutiara yang tular di media sosial Facebook kelmarin.

Presidennya, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan berkata, tindakan menyebar maklumat tanpa menyelidik kepastian sehingga menimbulkan fahaman negatif dalam kalangan warganet sepatutnya tidak berlaku.

Menurutnya, tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mendatangkan impak terhadap pemilik premis berkenaan tetapi pengusaha restoran nasi kandar lain di negeri ini.

“Sebelum menyebarkan sebarang maklumat, selidik dahulu apa yang berlaku dan jangan cepat melatah dan pantas mengviralkan benda yang membangkitkan banyak kegusaran terhadap pengguna (peminat nasi kandar) lain.

“Pengguna juga perlu tahu akan keadaan kami ketika ini yang berdepan dengan isu kenaikan harga barangan mentah yang berubah pada setiap hari termasuk sayur-sayur sejak bulan lalu,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu lagi, bagaimanapun pihaknya tetap berlapang dada apabila hidangan asli nasi kandar masih mendapat sambutan yang menggalakan dalam kalangan penggemarnya biarpun terpalit dengan isu sotong goreng seratus.

Sementara itu, pengusaha restoran nasi kandar Hameediyah di pusat bandar Georgetown di sini hanya mempunyai kurang 24 jam lagi untuk memberikan maklum balas Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) sehingga esok.

Dalam perkembangan sama, tular pula gambar pemandangan feri ikonik Pulau Mutiara yang berlatarbelakangkan gambar seekor sotong segar yang diletakkan di lokasi keberadaan Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR).

Gambar tersebut turut mendapatkan perkongsian ramai netizen menerusi status WhatsApp sejak pagi semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI