fbpx

Miss Universe Thailand dituduh salah guna bendera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anchilee disiasat supaya tidak menunjukkan contoh buruk kepada golongan muda kerana mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. - NNT

BANGKOK- Polis Thailand akan mengambil tindakan terhadap Miss Universe Thailand 2021, Anchilee Scott-Kemmis kerana bergambar di hadapan ilustrasi menyerupai bendera negara Thailand yang dipaparkan di laman web penganjur acara itu, lapor akhbar Bangkok Post.

Tindakan itu difailkan oleh Komisioner Biro Polis Metropolitan (MPB), Leftenan Jeneral Samran Nuanma menerusi bekas penasihat jawatankuasa Dewan Undang-undang, Keadilan dan Hak Asasi Manusia, Sonthiya Sawasdee.

Sonthiya menuduh Anchilee melanggar Akta Bendera 1979 serta mengingkari pengumuman Pejabat Perdana Menteri yang melarang penggunaan bendera negara untuk tujuan komersial.

Gambar ratu cantik tersebut yang berdiri di hadapan jalur cat menyerupai warna bendera Thailand dikeluarkan secara online menerusi satu kempen promosi sebelum Anchilee bertanding dalam pertandingan Miss Universe ke-70 di Israel pada 12 Disember lepas.

Sonthiya berkata, beliau mahu MPB menyiasat dakwaan penyalahgunaan bendera supaya tidak menunjukkan contoh buruk kepada golongan muda kerana Anchilee mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. 

Beliau juga ingin tahu sama ada Anchilee terlebih dahulu telah mendapat kebenaran untuk menggunakan imej bendera daripada Pejabat Perdana Menteri atau tidak, selain tidak menuntut sebarang hukuman penjara, tetapi hanya mengambil langkah melindungi martabat bendera negara.

Sementara itu, ketua rangkaian peguam Thanai Klai Took, Decha Kittiwitthayanan berkata, kesalahan berkaitan bendera negara bakal membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, denda sehingga 40,000 baht (RM5,043) atau kedua-duanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI