fbpx

Lelaki jumpa jenglot ketika bersihkan pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu menunjukkan jenglot yang ditemuinya. – Instagram.

JAKARTA – Seorang lelaki yang sedang membersihkan kawasan pantai dikejutkan dengan penemuan benda berupa jenglot iaitu makhluk mistik yang dibawa ke alam manusia, lapor laman berita Suara.com semalam.

Kejadian itu menjadi tular di media sosial. Antara rakaman tersebut adalah yang dimuat naik menerusi akaun Instagram bernama @memomedsos. 

“Hello guys, saya di Pantai Watu Kuncir  sedang membersihkan sampah di pantai ini. Saya terjumpa jenglot.

‘’Niat saya  ingin membersihkan sampah tetapi saya melihat bungkusan plastik,’’ jelas lelaki itu dalam klip video tersebut.

‘’Apabila saya membuka bungkusan itu, rupa-rupanya isinya begini. Tengok, benda ini asli (jenglot) bukan rekaan. Ini ditemui di Pantai Kunjir Kalianda, Lampung,’’ jelasnya.

Netizen mula membanjiri ruangan komen di akaun tersebut.

“Balut balik, pulangkan ke tempatnya, orang buang, kenapa ambil…,” kata seorang netizen.

“Itu mainan anak patung adik saya, tolong pulangkan,” katanya netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI