fbpx

KL Fashion Weekend 2021 sasar 100,000 pengunjung maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertunjukan fesyen menyerikan majlis pelancaran KL Fashion Week di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – KL Fashion Weekend 2021 yang membuka tirainya secara dalam talian bermula hari ini sehingga Ahad depan menyasarkan 100,000 pengunjung maya.

Program anjuran Tradisi Busana PR dengan kerjasama MyCreative Ventures menerusi Program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) itu akan disiarkan kepada umum melalui laman sesawang.

Penerbit dan Pengasas acara KL Fashion Weekend, Dodi Mohammad berkata, ia menjadi acara fesyen pertama yang dipersembahkan dalam bentuk gabungan kedua-dua dunia fizikal dan juga dunia digital (metaverse).

Beliau berkata, konsep tersebut adalah yang pertama kali diadakan di Malaysia dan akan mencipta sejarah baharu untuk industri fesyen tempatan.

“Selain itu, buat pertama kalinya juga, kita akan memperkenalkan token non-fungible (NFT) untuk fesyen yang mana ia adalah sijil digital unik untuk pemilik foto, video, karya seni atau sebarang bentuk media dalam talian lain.

“Pengenalan NTF ini juga akan memberikan kelebihan kepada pereka fesyen supaya setiap rekaan mereka mempunyai sijil digital dan tidak boleh diubah atau ditiru oleh individu lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersempena pelancaran KL Fashion Weekend 2021 di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi ­MyCreative Ventures, Noor Azmi Mohd. Said.

Mengulas lanjut, Dodi menjelaskan, acara tersebut juga akan dipersembahkan kepada penonton secara langsung dari rumah agam warisan, Rumah Tangsi, Chow Kit yang cukup sinonim dengan industri fesyen dan peruncitan di Malaysia.

Tambah beliau, untuk penganjuran kali pertama secara dalam talian itu, pihaknya menyasarkan kira-kira 100,000 pengunjung maya selama empat hari ia berlangsung.

“Program ini terbuka kepada semua masyarakat dan orang ramai boleh terus melawat laman sesawang yang telah diberikan untuk menyertainya tidak kira anda berada di mana,”ujarnya.

KL Fashion Weekend merupakan salah satu penerima Geran Pemulihan Industri Kreatif (CIRG) di bawah Pelan Penjana untuk Industri Kreatif.

Acara ini akan menampilkan barisan pereka terkemuka seper­ti Zang Toi dengan kerjasama Nang Surya Batik, Datuk Tom Abang Saufi dan Lord’s.

Selain pertunjukan fesyen secara maya, acara ini juga akan melibatkan program webinar secara langsung bersama beberapa personaliti fesyen.

Antaranya pengasas Bespoke & British, Jill Sinclair dan ia akan dihoskan bekas ratu cantik negara, Datuk Yasmin Yusuff.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI