fbpx

KKMM, MDEC terus jayakan pembangunan MSC 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersama-sama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan memacu pembangunan MSC 2.0 untuk melonjakkan ekonomi digital negara dan menarik lebih banyak pelaburan digital.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berka ta, MSC Malaysia merupakan salah satu tonggak utama ekonomi digital negara dan telah ditubuhkan pada 1996 untuk membangunkan ekosistem ekonomi digital yang kondusif menerusi pemupukan juara ICT tempatan dan menarik pelaburan global.

Katanya, inisiatif ini juga telah membantu mempromosikan adaptasi digital di Malaysia dan meningkatkan jumlah bakat berkemahiran negara.

“Sejak 25 tahun lalu, MDEC menerusi inisiatif MSC Malaysia telah membantu negara meraih RM384 bilion pelaburan dan RM588 bilion jumlah pendapatan.

“Ia telah dipacu oleh 40 buah syarikat berstatus Forbes100 yang telah menjadikan Malaysia sebagai digital hab mereka,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Annuar berkata, menerusi objektif untuk melonjakkan ekonomi digital Malaysia, MSC 2.0 bertujuan untuk mengembangkan sektor fokus digital ke seluruh negara dan memangkinkan bidang pembangunan baharu untuk menjana pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat.

Katanya, ia juga bertujuan menyokong dan mempromosikan penggunaan digital yang meluas, merentasi semua aktiviti ekonomi di Malaysia dan juga merapatkan jurang digital ke arah pengagihan kekayaan yang saksama.

“MSC 2.0 turut melibatkan penambahbaikan insentif dan Rang Undang-Undang Jaminan, penjenamaan baharu serta peluasan lokasi untuk MSC mempromosikan aktiviti di seluruh negara.

“Keputusan untuk memacu MSC 2.0 telah dibuat semasa mesyuarat keempat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Nasional Keempat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI