fbpx

RTM siar Anugerah Nasyid Malaysia 27 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Menteri KKMM, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al Bakri dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ANAM 2020, Muhamad Razin Che Mud.

PETALING JAYA – Buat julung kalinya, Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM 2020) bakal berlangsung pada 27 Disember ini dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran TV1 RTM.

Acara itu dianjurkan oleh Majlis Usahawan Nasyid Malaysia atau Munsyid Malaysia dengan kerjasama daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), serta Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi.

ANAM 2020 bakal mempertandingkan 11 kategori dengan enam kategori yang dinilai oleh juri profesional, tiga kategori dinilai melalui undian peminat dan dua kategori anugerah khas juri.

Terdapat juga satu kategori yang melibatkan artis nasyid dari Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura. ANAM 2020 adalah salah satu langkah awal ke arah penganjuran Festival Nasyid Antarabangsa Malaysia pada tahun 2021, sejajar dengan status Malaysia sebagai “The Home of Contemporary Nasyeed” di persada dunia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, industri nasyid Malaysia telah mencapai pelbagai kejayaan yang membanggakan di pentas dunia sejak awal kemunculannya walaupun kurang diberi perhatian sebelum ini.

“Artis-artis nasyid kita telah diundang membuat persembahan merentasi pelbagai benua malah ada yang tersenarai dalam 500 Muslim berpengaruh di dunia.

“Jadi sudah tiba masanya untuk kita membangunkan potensi yang ada pada industri nasyid Malaysia supaya bukan sahaja mampu mengharumkan nama negara malah mampu membawa impak ekonomi dalam jangka panjang.

“Hal ini boleh dicapai melalui pelbagai sektor hiliran melibatkan industri pelancongan, industri halal dan industri muzik itu sendiri. Penganjuran Anugerah Nasyid Malaysia 2020 merupakan satu langkah penting dalam merealisasikannya pada masa hadapan,” katanya menerusi satu siaran akhbar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al Bakri pula menjelaskan impian beliau untuk melihat industri nasyid kembali bangkit seperti pada awal kemunculannya.

“Saya melihat nasyid sebagai satu cabang kesenian Islam yang bukan sahaja menawarkan hiburan yang sihat dan mendidik kepada masyarakat tetapi juga berperanan sebagai salah satu instrumen dakwah yang berkesan khususnya bagi generasi muda hari ini,” katanya.

Melalui penganjuran ANAM 2020, ia akan menggalakkan penghasilan karya-karya nasyid berkualiti secara berterusan sekali gus menghidangkan masyarakat dengan hiburan yang mendidik jiwa. Mesej-mesej positif dan nilai-nilai murni yang dibawa melalui lagu-lagu nasyid juga diharap dapat membentuk masyarakat Malaysia dan dunia yang bersatu padu dan sayang-menyayangi antara satu sama lain.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ANAM 2020, Muhamad Razin Che Mud yang juga Presiden Munsyid Malaysia berkata, inilah kali pertama industri nasyid Malaysia mendapat sokongan yang sebegitu besar oleh pihak kerajaan sehingga ke tahap ini.

“Apatah lagi dalam keadaan pandemik Covid-19 yang telah memberi kesan besar kepada penggiat industri nasyid dan muzik secara keseluruhannya. Maka penganjuran ANAM 2020 akan memberi manfaat kepada lebih 300 penggiat industri secara langsung dan tidak langsung sama ada penyanyi, pemuzik mahupun pekerja di belakang tabir,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI