fbpx
GM Klang. pusat borong terbesar negara kini berhasrat menjadi hab perniagaan serantau.

Aspirasi GM Klang jadi hab perniagaan serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Selepas 12 tahun menawarkan produk dan barangan berkualiti buat pelangggan serta peniaga domestik, pusat borong terbesar di negara ini, GM Klang kini menyimpan aspirasi menjadi hab perniagaan bagi rantau Asia Tenggara.

Impian tersebut bukan mustahil memandangkan GM Klang, sebelum kedatangan pandemik telah pun menarik kunjungan kumpulan peniaga dari negara jiran seperti Singapura, Brunei serta Indonesia yang kebanyakannya hadir membawa misi perdagangan dan bukan sekadar melancong.

Ia disokong kedudukan GM Klang yang strategik, berdekatan Pelabuhan Klang yang merupakan pelabuhan ke-11 tersibuk di dunia selain akses mudah kepada lebuh raya dan lapangan terbang yang memudahkan penghantaran dan pengambilan stok.

Menurut Penolong Pengurus Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam GM Klang, Nur Faezah Mohd. Arsad, situasi pandemik memberikan pihaknya peluang keemasan untuk memposisikan GM Klang sebagai pusat dagangan antarabangsa, ketika ramai peniaga berdepan kesukaran untuk ke luar negara bagi mencari bekalan produk berkualiti tinggi pada kos lebih rendah.

“Untuk itu, GM KLang telah dan bakal menempatkan beberapa ruang pameran produk-produk antarabangsa dengan kerjasama rakan kongsi termasuk dari luar negara bagi memenuhi permintaan yang pesat bertumbuh.

“Kami optimis aspirasi ini mampu dicapai dalam tempoh masa terdekat, sekitar tahun 2023,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Nur Faezah (kiri) melihat produk yang dipamerkan di GMIE.

Ruang pameran produk antarabangsa

Menurut Nur Faezah, antara inisiatif yang telah pun diperkenalkan ialah pelancaran GM International Exhibition, atau GMIE pada awal 2020, yang merupakan ruang pameran permainan & produk bayi yang terbesar di Asia Tenggara dengan penawaran lebih 10,000 sampel barangan di tingkat 5, Blok B, GM Klang.

Ini termasuk permainan elektronik, outdoor, anak patung & aksesori, figura aksi dan banyak lagi dari negara luar.

“Produk ditawarkan terus dari kilang pembekal tanpa melalui orang tengah. Jadi harga yang ditawarkan jauh lebih murah.

“GMIE turut menawarkan perkhidmatan nilai tambah termasuk OEM (original equipment manufacturer), permainan custom made, pembungkusan custom dan pengurusan serta pemasaran bisnes termasuk perkhidmatan import & eksport mengikut kehendak pelanggan.

“Pengurusan GMIE akan bantu peniaga langkah demi langkah daripada membuat pesanan sehinggalah barangan mereka sampai di depan pintu,” katanya.

Lebih 10,000 barangan ditawarkan di GMIE, menyediakan pilihan luas buat pelanggan.

Terbaharu, GM Klang bakal bekerjasama dengan Bandar Yiwu, China yang terkenal sebagai bandar  borong terbesar dunia bagi memainkan peranan sebagai jambatan yang menghubungkan rantau ini ke Yiwu.

Nur Faedah menjelaskan, pihaknya kini dalam proses pemilihan serta penambahan produk dan ruang pameran Yiwu yang bakal dibuka tahun hadapan akan menjadi ‘Yiwu Kecil’ yang menawarkan lebih banyak pilihan produk untuk dibeli secara pukal oleh usahawan yang ingin mulakan bisnes kecil-kecilan atau untuk menambah stok perniagaan.

“Tidak dilupakan ialah ruang pameran untuk pengeluar tempatan, yang mana kami sedang dalam proses membangunkan ruang pameran khas bagi produk keluaran setiap negeri di Malaysia.

“Jumaat lalu, GM Klang telah menerima kunjungan Kementerian Pembangunan Industri Sabah dan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah yang membuat lawatan tapak serta membincangkan kerjasama untuk penawaran produk dari Sabah di sini,” ujarnya.

Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Industri Negeri Sabah, Thomas Logijin (tengah) bersama delegasi dari Sabah bergambar ketika melakukan lawatan kerja di GM Klang Jumaat lalu.

Pemulihan ekonomi

Selari dengan pembukaan semula sektor ekonomi dan kebenaran rentas negeri, GM Klang kini semakin meriah dengan pertumbuhan pengunjung sebanyak 20 peratus pada bulan ini berbanding November 2020.

Dalam tempoh masa terdekat, pusat tersebut menjangkakan jumlah pengunjung akan terus bertumbuh antara 15 dan 30 peratus berbanding paras sekarang.

Nur Faezah berkata, GM Klang kini membuka peluang kepada usahawan untuk bersama-sama membina perniagaan dengan menawarkan platform perniagaan yang komprehensif, pilihan pelbagai ruang komersil untuk disewa, kemudahan fasiliti dan promosi melalui pelbagai media dan digital.

“Kami bakal melancarkan aplikasi sendiri pada 2022 bagi memberi kemudahan buat peniaga menjalankan urusan di GM Klang, selain turut menyokong pemberian ganjaran dan insentif buat penggunanya.

Nur Faezah (kiri) bersama barisan pengurusan GM Klang menunjukkan aplikasi komuniti perniagaan GM Klang yang bakal dilancarkan tahun hadapan.

“Selain itu, GM Klang turut memenangi pertandingan pitching anjuran Tourism Selangor baru-baru ini dan bakal berkolaborasi dalam kempen ‘Datang Klang, Pasti Girang!’ yang menawarkan kegembiraan berganda buat pelancong yang datang ke Klang.

“Sementara peraduan Road To Bonanza 12 GM Klang yang menyediakan hadiah termasuk motosikal serta pakej pelancongan bakal berakhir pada hujung tahun dan kami turut menganjurkan kempen sempena sambutan Krismas yang sedang berjalan menerusi media sosial rasmi GM Klang,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN