fbpx

Teruskan tarian walau muzik putus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasukan pelajar meneruskan tarian mereka walaupun muzik latar tiada.

Oleh NIA AMIRA NAJWA AZMI

PETALING JAYA – Kehebatan persembahan pentas seperti nyanyian, tarian mahupun teater bukan sekadar hebat melalui gerakan dan persembahannya semata-mata.

Malah, keadaan atau penampilan secara spontan juga menarik perhatian orang ramai untuk menonton persembahan itu.

Seperti apa yang berlaku baru-baru ini menerusi sebuah video yang memaparkan sekumpulan pelajar tetap meneruskan tarian mereka untuk kelihatan profesional walaupun lagu latar yang dimainkan secara tiba-tiba terhenti.

Video tarian yang dibawa oleh sekumpulan pelajar tersebut menarik perhatian ramai apabila terpegun melihat kehebatan gaya tarian sekumpulan pelajar walaupun menghadapi masalah teknikal tanpa diduga.

Berdasarkan klip video tular itu, kelihatan sekumpulan pelajar yang sedang menari tarian tradisional menghadapi masalah teknikal apabila lagu latar mereka secara tidak sengaja terhenti.

Kumpulan pelajar itu terus dilihat bekerjasama untuk menari tanpa lagu dan membuat gerakan tarian secara acapella sehingga habis persembahan tersebut.

Menerusi satu hantaran oleh salah seorang pelajar yang terlibat mengatakan, kejadian terbabit adalah saat yang paling mengerikan, tetapi ia ternyata menjadi paling lucu dalam hidupnya.

“Malu depan VIP (orang kenamaan), tapi kami profesional,” jelasnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai memuji dengan tindakan sekumpulan pelajar itu kerana meneruskan perjuangan dengan menari sehingga habis.

“Tarian ini sekiranya sudah ada dalam jiwa tanpa lagu pun pasti boleh menari dengan jayanya,” jelas @Amarluqman.

“Memang pro la, asalkan ada keyakinan, kawan saya pernah jatuh tergolek ke bawah pentas masa persembahan, selamba sahaja ikut tangga naik balik,” kata aunty248.

“Terbaik, kerja berpasukan yang bagus, setidak-tidaknya muzik masih dalam ingatan mereka dan langkah tarian tak ke laut sangat,” jelas Drops_NO1. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI