fbpx

PU Riz doa pelajar SPM cemerlang, belanja pek sarapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pendakwah bebas, PU Riz memberikan lebih 300 pek sarapan buat pelajar sekitar SMK Sri Petaling, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, PU Riz menceriakan hari pelajar sekolah dengan memberikan 350 pek sarapan.

PU Riz atau nama lengkapnya, Muhammad Haris Mohd. Ismail, 26, berkata, dia bersyukur apabila hajatnya itu turut mendapat tajaan daripada McDonald’s Malaysia menerusi program komuniti anjuran mereka.

“Program ini sekadar untuk menceriakan hari anak-anak murid di SMK Bandar Baru Sri Petaling dan Tabika Kemas Kg Melayu Tambahan. Alhamdulillah, pihak McDonald’s Malaysia juga turut sama memberi tajaan dan sumbangan berupa sarapan.

“Sebanyak 300 pek sarapan diberikan pada pelajar sekolah dan 50 lagi kepada komuniti sekitar Sri Petaling. Sesekali bantu orang tak salah. Malah, saya percaya itu adalah rezeki buat mereka. Jadi, apa yang saya ada ini, tidak salah untuk dikongsi bersama,” katanya.

Sementara itu, PU Riz yang kini kini bertugas sebagai guru sementara di SMK Bandar Baru Sri Petaling mendoakan semoga pelajar tingkatan lima yang sudah kembali ke sekolah lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.

“Kalau sebelum ini mereka ke sekolah ikut kumpulan. Tapi, bermula minggu ini mereka sudah masuk semua. Semoga yang bakal menduduki SPM akan memperoleh kecemerlangan. Walaupun tidak banyak masa bersama mereka, tapi usaha ini merupakan satu pengalaman berharga buat saya.

“Terima kasih pada pihak sekolah yang memberi peluang kepada saya untuk menjadi guru sementara. Terima kasih juga pada semua guru dan anak murid saya. Seronok sebenarnya menjadi cikgu,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI