fbpx

Polis terima 117 laporan banjir di Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hujan lebat berterusan menyebabkan dua kawasan di Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan dinaiki air setinggi satu meter.

AMPANG – Polis menerima sebanyak 117 laporan berhubung kejadian banjir lumpur yang melanda di Kampung Pinggiran dan Kampung Lembah Jaya Utara di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, sebanyak 206 unit rumah dan 1,019 mangsa telah dikenal pasti terjejas akibat kejadian tersebut.

“Kesemua mangsa banjir telah ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang dijadikan Pusat Penempatan Sementara (PPS).

“Polis juga telah mendirikan balai bergerak di kawasan PPS bagi memudahkan mangsa terlibat membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mengulas lanjut, tiada kemalangan jiwa berlaku sepanjang kejadian banjir tersebut dan setakat ini, anggaran kerosakan masih belum diterima.

“Selain polis, beberapa agensi lain turut membantu mangsa banjir adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sukarelawan Malaysia, MPAJ, dan Pejabat Kesihatan Daerah dan serta pertubuhan bukan kerajaan,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, hujan lebat berterusan selama hampir dua jam mengakibatkan dua kawasan di Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan dinaiki air setinggi kira-kira satu meter.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI