fbpx

Peruntukan RM28 juta jayakan Pelan Strategik Pendigitalan KPLB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir

Oleh FAIZUL GHAZI

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukan RM28 juta bagi melaksanakan Pelan Strategik Pendigitalan (PSPKPLB) 2021-2025 dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pelan strategik berkenaan merangkumi visi, hala tuju dan rangka pelaksanaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam usaha KPLB memastikan mandat kesejahteraan masyarakat luar bandar tercapai.

Mahdzir berkata, antara matlamat utama pelan strategik berkenaan adalah untuk mengurangkan jurang digital dan capaian internet antara penduduk bandar dan luar bandar.

Beliau berkata, pelaksanaan teras pelan strategik berkenaan memperlihatkan bahawa peranan KPLB dalam pembangunan luar bandar tidak hanya tertumpu kepada penyediaan infrastruktur, pemerkasaan ekonomi, keusahawanan dan pembangunan modal insan semata-mata.

“Malah, peranan KPLB juga menyokong Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 sebagai pemacu agenda Kerajaan Digital yang mampan ke arah membentuk masyarakat digital,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi KPLB 2021 dan Pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan KPLB 2021-2025 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, pelan berkenaan juga menggariskan empat teras utama iaitu Pemantapan Perkhidmatan Digital Bersepadu dan Inklusif; Pengukuhan Infrastruktur Digital Berasaskan Teknologi Terkini dan Selamat; Pemerkasaan Pembudayaan dan Profesionalisme ICT serta Tadbir Urus ICT yang Tuntas Dan Mampan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI