fbpx

Cahaya misteri berlegar di langit cetuskan teori UFO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cahaya misteri yang muncul di langit itu kelihatan seperti sesuatu yang dipancarkan daripada tanah kepada langit. - Kelly Thompson

LONDON – Sepasang kekasih dari Birmingham, Britain terkejut dan keliru apabila melihat cahaya misteri yang berkerdipan di langit ketika sedang memandu dalam karavan milik mereka, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kelly Thompson, 29, dan teman lelakinya, Stuart Marshall, 35, mengesan cahaya misteri itu sekitar pukul 6.45 petang (waktu tempatan), 18 November lalu.

Pasangan itu yang menggunakan laluan M6 antara Liverpool ke Manchester ketika itu sedang dalam perjalanan ke Rhyl, Wales Utara.

“Kami sedang memandu dan melihat cahaya pelik di langit yang sukar digambarkan.

“Pada mulanya, saya fikir ia merupakan sesuatu dari darat yang dipancarkan ke langit namun selepas melihat keadaan sekeliling, saya tidak menemui apa-apa,” kata Thompson.

Dia kemudian membuat carian di Google berkenaan cahaya itu namun ia tidak membantu.

Malah, dia turut menjelaskan perkara tersebut kepada rakan-rakannya dan mereka menganggap cahaya itu mungkin datang daripada objek terbang tidak dikenali (UFO). – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI