fbpx

20 PPS isolasi Covid-19 di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 20 pusat pemindahan sementara (PPS) isolasi dikenal pasti di seluruh negara sebagai persediaan penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah kesiapsiagaan itu bagi memastikan kerajaan dapat mengawal jangkitan Covid-19 terutama pada musim banjir.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan mangsa banjir yang positif Covid-19 ditempatkan di PPS isolasi berkenaan.

“PPS isolasi itu juga akan berfungsi sebagai pusat pemberian vaksinasi kepada individu yang terlepas mendapatkan suntikan pelalian termasuk dos penggalak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas dianugerahkan Pingat Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, pihaknya juga akan memastikan mangsa banjir yang bergejala menjalani ujian saringan Covid-19 menggunakan air liur bagi kemasukan ke PPS.

Menurutnya, pendekatan itu telah dibincangkan bersama pejabat kesihatan daerah (PKD) dan pasukan penyelamat bagi mengelak penularan jangkitan di PPS.

“Mangsa banjir yang didapati positif Covid-19 atau bergejala akan diasingkan daripada mangsa banjir yang lain,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI