fbpx

Sana Khan bertuah dapat suami soleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANA berkahwin dengan suaminya, Anas pada November tahun lalu.

BEKAS pelakon, Sana Khan yang menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya dengan suami, Anas Saiyad melahirkan rasa syukur kerana dibimbing dengan baik oleh lelaki itu ke jalan yang diredai Allah SWT.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Sana berkata, perkahwinannya bersama Anas sangat berbaloi kerana lelaki itu berjaya ‘memimpinnya’ ke jalan yang benar.

“Kamu (suami) telah membawa saya lebih dekat dengan Allah SWT dan menjauhkan saya daripada dosa. Tahniah untuk ulang tahun pertama perkahwinan kita.

“Semoga Tuhan merahmati perkahwinan kita berdua dan kekal sehingga ke syurga,” katanya.

Sana mendirikan rumah tangga bersama Anas pada 20 November tahun lalu, sebulan selepas dia mengambil keputusan bersara daripada dunia lakonan.

Pelakon itu yang sebelum ini pernah membintangi beberapa buah filem seperti Jai Ho dan Wajah Tum Ho mengambil keputusan bersara daripada industri hiburan atas alasan agama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI