fbpx

Jangan rebus udang kara, ketam hidup-hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan UK melarang udang galah untuk direbus hidup-hidup. - YouTube

LONDON – Kerajaan Britain menyenaraikan hidupan laut seperti sotong, ketam dan udang kara dalam senarai hidupan yang perlu diberi perlindungan di bawah undang-undang kebajikan haiwan kerana sifat hidupan tersebut yang mampu merasai kesakitan dan penderitaan, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Vertebrata iaitu haiwan yang mempunyai tulang belakang sudah pun dilindungi  dalam perundangan kebajikan haiwan baharu yang sedang diperdebatkan di Britain.

“Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan memberikan jaminan penting bahawa kesejahteraan haiwan dipertimbangkan dengan sewajarnya apabila merangka  undang-undang baharu. 

“Sains mendapati bahawa haiwan decapod dan cephalopod mampu berasa sakit. Oleh itu, adalah wajar ia dilindungi di bawah undang-undang penting ini,” kata Menteri Kebajikan Haiwan, Lord Zac Goldsmith dalam satu kenyataan.

Menurut rang undang-undang  tersebut, udang kara  dan ketam tidak boleh direbus hidup-hidup dan menyertakan amalan pengangkutan dan mematikan terbaik untuk haiwan-haiwan itu.

Ia menemui bukti kukuh bahawa haiwan bercengkerang  merasai kesakitan dan bukti ‘kuat’ yang menunjukkan rasa sakit dalam kebanyakan spesies ketam.

Bagi haiwan lain dalam dua kumpulan itu seperti sotong dan udang kara, penyelidik menemui bukti yang besar, namun tidak kukuh. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI