fbpx

Zee Avi bergelar isteri kepada lelaki Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZEE Avi selamat bergelar isteri kepada Kenji dalam sebuah majlis pernikahan sederhana di sebuah surau di Ampang, Selangor.

PETALING JAYA – Penyanyi kelahiran Sarawak yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Zee Avi selamat bergelar isteri kepada lelaki berketurunan Jepun, Kenji Matano, hari ini.

Pemilik nama sebenar Izyan Alirahman, 35, itu memilih menjalankan pernikahan dalam majlis
sederhana di sebuah surau di Ampang, Selangor.

“Ya, sudah berkahwin. Kenji Matano. 22/11/2021,” jawab penyanyi Kantoi itu ringkas bagi menjawab pertanyaan media.

Katanya lagi, butiran lanjut berhubung hari bahagianya hanya akan dimaklumkan menerusi sidang akhbar khas dalam masa terdekat.

Terdahulu, gambar Zee Avi berbusana baju kurung moden putih lengkap berselendang dan mengenakan inai di jari tular dalam media sosial.

Dalam perkongsian gambar tersebut disertakan kapsyen mengenai pernikahan mereka, bahkan Kenji juga segak menggayakan baju Melayu rona serupa lengkap bersamping dan bersongkok.

Zee Avi merupakan penyanyi wanita Malaysia pertama yang membolosi carta Billboard Hot 200 Albums dan Billboard (Heatseekers Album) dan melebarkan pengaruh muzik serta lagunya di New York dan Los Angeles sekitar 2005.

Beberapa tahun kebelakangan ini, penyanyi dan komposer tersebut dilihat kerap kembali ke Malaysia namun tetap rancak meneruskan aktiviti seni muziknya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI