fbpx
EMMA menunjukkan pokok keladi jenis guine gold 916 yang mencecah RM2,600 sebatang.

Jururawat jana RM50,000 jual pokok keladi tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tempoh Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Oktober tahun lalu membawa rezeki buat seorang ketua jururawat apabila mampu me­raih lebih RM50,000 dengan ha­nya menjual pokok keladi hiasan melalui media sosial.

Wanita yang dikenali sebagai Ana, 51, memberitahu, dia mula melihat hobi yang dilakukan boleh menjana pendapatan apabila ramai yang mahu membeli pokok hiasan tersebut ketika memuat naik gambar di media sosial.

Ana yang bertugas di sebuah hospital di Pahang berkata, dia mula menanam pokok itu sekitar tahun 2002 sebelum ia menjadi popular ketika PKP.

“Bermula dengan pokok jenis keladi gajah, kemoyang dan aglaonema. Lama-kelamaan ia mula membiak dan saya pindahkan supaya ia bercambah dengan lebih banyak di halaman rumah sehingga ada 20 spesies.

“Antara yang saya tanam termasuk dark mocha, macrorrhiza veriegated @ albino, red devil, cat tumpah, macrorrhiza ve­riegated, alocasia macrorrhiza, guine gold 916, pharaoh mask, alocasia triangularis dan lain-lain,” katanya kepada Kosmo!.

Tambahnya, setiap spesies dijual pada harga berlainan mengikut warna, corak dan jenis. Pokok paling mahal yang pernah dia jual ialah dari jenis macrorrhiza ve­riegated iaitu pada harga RM1,800 dan dark mocha, RM1,100.

POKOK keladi jenis dark mocha yang turut menjadi kegilaan penggemarnya dijual pada harga RM1,000.

Menurut Ana, secara purata, dia memperoleh pendapatan purata RM500 setiap hujung minggu dan pelanggannya terdiri daripada penduduk tempatan serta Thailand.

“Jenis yang mendapat permintaan paling tinggi ketika ini ialah alocasia macrorrhiza, guine gold, pharoah mask, cat tumpah dan alocasia triangularis,” kata­nya.

Ujar Ana, dark mocha dijual pada harga RM350 bagi anak benih, macrorrhiza veriegated @ albino antara RM200 hingga RM2,000, red devil (RM200), cat tumpah (RM70 hingga RM200).

“Kesemua pokok itu dijual secara online dan kiriman pos. Bagi pelanggan di Thailand, saya gunakan khidmat jurugegas yang akan menghantarnya sehingga ke sempadan Rantau Panjang, Kelantan,” kata ibu kepada empat anak itu.

Tambahnya, melihatkan kepada sambutan yang mengga­lakkan hingga meraih RM50,000 sepanjang PKP, dia berhasrat untuk membuka sebuah nurseri selepas bersara nanti.

Turut berkongsi kisah sama adalah seorang lagi penjual keladi hiasan yang dikenali sebagai Emma, 29, yang berasal dari Sungkai, Perak.

Menurut Emma, pokok keladi menjadi sumber pendapatan penting buat keluarga semasa tempoh PKP kerana dia tidak dapat berniaga seperti biasa.

“Saya mula berjinak menanam pokok keladi hiasan ini kira-kira tiga tahun lalu, pada awalnya hobi masa lapang sahaja, tetapi bila ada kawan mula membeli benih keladi dengan saya, sejak itu saya mula serius menanam dan menjual pokok ini.

“Permintaan mula tinggi sebaik saya muat naik gambar pokok di Facebook hingga ada pelanggan dari Sabah, Sarawak dan Thailand,” ujar Emma yang meraih pendapatan lebih RM10,000 semasa tempoh PKP.

Tambahnya, antara spesies pokok keladi yang paling mahal pernah dijual ialah new guiena gold 916 berharga RM1,600 dan RM2,600,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN