fbpx

Lelaki ‘pukau’ juruwang diburu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
logo PDRM
Gambar hiasan.

KUALA NERANG – Polis memburu seorang lelaki kerana disyaki melarikan wang sebanyak RM400 daripada seorang juruwang dalam kejadian di sebuah pasar raya di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, suspek dikatakan menyamar sebagai pelanggan dan memperdaya seorang juruwang berusia 19 tahun kononnya mahu membuat pertukaran wang.

Semalam, seorang individu memuat naik video di Facebook memaparkan seorang lelaki memasuki sebuah kereta dan mendakwa lelaki terbabit terlibat dalam kejadian pukau di sebuah premis perniagaan.

Hantaran tersebut bagaimanapun telah dipadamkan hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar memberitahu, mangsa didatangi suspek yang membawa wang tunai berjumlah RM600 dan bertanya jika boleh menukarnya dengan wang kertas RM10 bagi keseluruhan jumlah itu.

Katanya, mangsa kemudian bersetuju dan memberikan tukaran wang berkenaan dan tanpa sedar turut memberi lebihan sebanyak RM400.

“Mangsa mendakwa tidak sedar sehingga suspek keluar menuju ke kenderaannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI