fbpx

Kerajaan teruskan hubungan bersama pimpinan Taliban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan Malaysia meneruskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Afghanistan yang kini dipimpin kerajaan Taliban melalui beberapa saluran tertentu.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, pada September lalu, satu rombongan dari Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah mengunjungi pimpinan kanan Taliban.

“Saluran perhubungan dengan pihak pemerintah Afghanistan sekarang diteruskan melalui kedutaan kita di Qatar bertujuan memastikan mereka berjaya mewujudkan sebuah negara dan masyarakat dalam sudut demokrasi,” katanya ketika sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Berhubung kedutaan Malaysia di Afghanistan, jelasnya, Malaysia telah mempunyai kedutaannya dalam hubungan diplomatik dengan negara itu sejak 1962 lagi.

“Diplomat atau kedutaan kita adalah melalui Pesuruhjaya Tinggi kita di New Delhi, India. Kedutaan ini juga ditauliahkan oleh Afghanistan.

“Afghanistan juga telah membuka kedutaan mereka di Malaysia sejak 1980 lagi dan kedutaan mereka di Kuala Lumpur turut menerima bantuan daripada kerajaan kita.

“Secara rasminya Afghanistan ada hubungan yang agak rapat dan kita memberi banyak bantuan kepada kerajaan dan negara itu sejak 20 tahun dahulu lagi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI