fbpx

Kematian cecah 30,002 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Angka kematian Covid-19 mencecah 30,002 kes selepas pertambahan 24 lagi kes kematian, menurut data pada laman web CovidNow.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan, tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat enam kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID di seluruh negara sebanyak 6,064 kes,” demikian data tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian dilaporkan di Kelantan (5), Johor (4), Kedah (3), Perak (3), Sabah (2), Terengganu (2), Sarawak (2), Negeri Sembilan (1), Pahang (1) dan Pulau Pinang (1) serta tiada kematian di Melaka, Perlis, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 68,790 kes aktif melibatkan 55,026 kes dikuarantin di rumah, 7,792 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,431 kes di hospital, 274 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 267 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 4,854 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,365 kes), Johor (494 kes), Kelantan (486 kes), Sabah (437 kes), Pahang (265 kes), Kedah (275 kes), Pulau Pinang (271 kes), Sarawak (243 kes), Kuala Lumpur (235 kes), Terengganu (208 kes), Negeri Sembilan (197 kes), Perak (177 kes), Melaka (142 kes), Putrajaya (31 kes), Labuan (14) dan Perlis (12 kes). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI