fbpx

UMNO Melaka menyokong penuh Sulaiman sebagai KM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF Yusoh (tengah) bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar di Villq D'Aqua di Masjid Tanah, Melaka sebentar tadi.

ALOR GAJAH –  Ketua-ketua bahagian UMNO negeri menyatakan sokongan dan memberi kepercayaan penuh kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai Ketua Menteri baharu Melaka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kepercayaan itu juga turut dizahirkan di setiap pelusuk akar umbi.

Menurut beliau, pelantikan Sulaiman mencerminkan kepercayaan rakyat negeri ini terhadap kepimpinan beliau dan ia telah dijayakan dengan kerjasama semua ketua-ketua bahagian.

“Saya sekali lagi bersama pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih rakyat bagi mewakili Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir Melaka yang diketuai Sulaiman.

“Kita bersama-sama menyokong kepimpinan ketua menteri bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil demi kemakmuran rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Villa D’Aqua di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hasan Rahman mengesahkan pelantikan Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 lewat malam tadi telah menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Ab. Rauf yang juga ADUN Tanjung Bidara menjelaskan, tiada kemelut dalaman yang berlaku dalam UMNO Melaka berhubung pelantikan Sulaiman.

Katanya, semua pihak telah bersama-sama bekerja keras dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang stabil.

“Tiada kemelut menentang calon ketua menteri. Semua ketua-ketua bahagian memberi sokongan penuh kepada Sulaiman termasuk saya,” tegasnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI