fbpx

Mayat pesara ditemui dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah kereta di Relau, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Mayat seorang pesara lelaki ditemui di bahagian tempat duduk pemandu kereta jenis Perodua Myvi di hadapan sebuah premis berdekatan Kondominium Golden Triangle, Relau di sini pagi tadi.

Difahamkan, kejadian itu disedari orang awam yang berada di situ sebelum menghubungi pasukan polis untuk tindakan lanjut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pasukannya menerima panggilan untuk bantuan membuka pintu kereta daripada pihak polis pada pukul 10.37 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru tiba kurang 10 minit kemudian.

“Terdapat seorang mangsa lelaki yang lengkap berpakaian kemeja-T berwarna merah dan berseluar pendek berada dalam keadaan tidak sedar di kerusi pemandu.

“Ketika itu, enjin kereta berkenaan masih dihidupkan dan berada dalam keadaan berkunci. Anggota memulakan operasi membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah jurucakap itu lagi, operasi menyelamat tersebut tamat sepenuhnya pada 11.28 pagi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI