fbpx

Kata laluan ‘password’, ‘123456’ paling kerap digunakan dan digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kata laluan bernombor lebih kerap menjadi pilihan dan mudah diteka. - Mental Floss

BANDAR PANAMA – Satu kajian yang dijalankan oleh syarikat pengurus kata laluan, NordPass, mendedahkan beberapa jenis kata laluan daripada nombor yang cukup mudah untuk diteka dan digodam, lapor laman berita Wionews semalam.

Antara kata laluan yang paling kerap digunakan adalah ‘123456’, ‘123456789’, ‘111111’ dan ‘12345’.

Kata laluan daripada perkataan ringkas seperti ‘qwerty’, ‘password’, ‘dragon’ dan ‘money’ juga merupakan antara yang paling kerap digunakan.

Malah, kata laluan ‘password’ merupakan kata laluan kedua paling sering digunakan di Australia, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Di India pula, kata laluan paling kerap digunakan adalah ‘password’, ‘12345’, ‘123456’, ‘123456789’, ‘12345678’, ‘india123’, ‘1234567890’, ‘1234567’, ‘qwerty’, ‘abc123’, ‘iloveyou’, ‘xxx’ dan ‘krishna’, yang kesemuanya mengambil masa kurang daripada satu minit untuk diteka.

“Penting untuk memahami bahawa kata laluan merupakan pintu masuk kepada kehidupan digital kita dan memandangkan kita kerap menghabiskan masa dalam talian, adalah penting untuk menjaga keselamatan siber dengan lebih baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif NordPass, Jonas Karklys.

NordPass turut menyatakan bahawa seseorang boleh melindungi akaun mereka dengan menggunakan kata laluan yang kompleks, dengan gabungan huruf besar dan kecil, nombor dan simbol dan mengemas kininya dengan kerap. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI