fbpx

Sembilan beranak serik makan cendawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Musfirah memegang cendawan beracun yang dimakan mereka sekeluarga.

DUNGUN – Sembilan beranak serik untuk makan cendawan selepas mengalami keracunan sehingga muntah darah dan tidak bermaya pada minggu lalu.

Nurul Musfirah Ghazali, 32, berkata, walaupun sudah pulih daripada keracunan tersebut pada beberapa hari lalu, mereka sekeluarga masih trauma dengan cendawan.

“Semalam (kelmarin) saya ternampak cendawan tiram, trauma itu masih ada dan tidak mahu membelinya walaupun ia kegemaran kami sebelum ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Nyiur, Paka di sini semalam.

Dalam pada itu, Nurul Musfirah menafikan dakwaan kononnya mengutip cendawan beracun tersebut kerana kesempitan hidup dan kekangan wang.

Sebaliknya dia menjelaskan, ia lebih kepada keinginan ingin tahu dan mahu rasa cendawan terbabit yang banyak tumbuh melata di sekitar rumahnya sejak akhir-akhir ini.

“Lagi pun ayah saya, Ghazali Mohamad, 65, yang datang ke rumah sebelum itu menyakinkan kami cendawan tersebut boleh dimakan.

“Saya cuma memasukkan empat batang cendawan itu untuk digoreng bersama kacang panjang. Rasanya enak dan kenyal menyebabkan kami tidak me­nyangka ia sebenarnya beracun,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan Nurul Musfirah, suami dan tujuh anaknya muntah-muntah sehingga mengeluarkan darah dan sebahagiannya rebah kira-kira sejam selepas menikmati hida­ngan tersebut.

Dalam pada itu, pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Aqilah Mohamad berkata, cendawan yang dimakan sembilan beranak itu sehingga menyebabkan keracunan pada minggu lalu disyaki bukan daripada spesies cen­dawan busut.

“Antara ciri-ciri cendawan beracun ialah berwarna cerah, mempunyai tanda berbentuk cincin dan bengkak pada bahagian pangkal,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak sembarangan mengutip cen­dawan yang tumbuh di sekeli­ling rumah kerana ia dikhuatiri beracun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI