fbpx

Pemberian tanah kepada Najib dinilai semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

PUTRAJAYA – Kerajaan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi menilai semula segala ganjaran persaraan yang sesuai diterima bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia meliputi penyelarasan Akta Ahli Parlimen (Persaraan) 1980.

“Jawatankuasa ini akan kaji balik garis panduan kelayakan termasuk kadar, syarat dan had maksimum pemerolehan tanah atau kediaman,” katanya.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen mempertikaikan pemilikan tanah diberi kepada Najib yang didakwa kononnya tidak layak kerana mempunyai rekod jenayah.

Namun Najib dalam sidang akhbar khas hari ini di Melaka mengumumkan telah menolak segala pemberian khas itu malah menyeru hak keistimewaan tersebut dikaji semula.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, jawatankuasa itu turut akan menilai kembali jadual ganjaran tersebut untuk pelaksanaan ke atas bekas penyandang yang akan datang.

“Saya juga ingin menjelaskan bahawa permohonan Najib sebelum ini selaras dengan akta tersebut dan kerajaan terdahulu telah menyenaraikan tiga bidang tanah untuk dipilih,” katanya.

Secara dasar ujar beliau, Kabinet telah memperakui permohonan Najib adalah jelas mengikut lunas perundangan yang ditetapkan sebagai kelayakan untuk bekas perdana menteri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI