fbpx

Fahmi persoalkan 7 syarat ‘aneh’ Nynaa sekiranya mahu berjumpa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONTROVERSI antara Nynaa dan suaminya, Fahmi semakin panas apabila wanita itu menuntut cerai baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Suami kepada pelakon Nynaa Harizal iaitu Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas berasa hairan dengan tujuh syarat ‘aneh’ yang diletakkan si isteri, sekiranya mereka mahu bersemuka.

Menurut Mohamed Fahmi, tujuh syarat yang diletakkan itu antaranya mesti berjumpa di pejabat peguamnya di Johor Bahru, wajib datang seorang diri, dilarang merakam sebarang perbualan audio atau video dan tidak dibenarkan membawa pemandu peribadi.

Tiga lagi syarat lain termasuklah, tidak boleh membawa pengawal peribadi, tidak dibenarkan membawa ahli keluarga dan dilarang sama sekali hadir bersama wakil media.

“Memang benar 12 November lalu Nynaa ada call (hubungi) saya dan sempat bercakap dengan saya seperti biasa.

“30 saat pertama itu memang saya gembira dengar suaranya. Tapi lepas itu saya rasa ada something (sesuatu) yang kurang baik selepas saya menyentuh mengenai pertemuan bersamanya secara bersemuka.

“Tujuh syarat diberikan kepada saya. Saya tahu syarat tersebut bukan dia sendiri yang tetapkan tetapi sudah disusun atur oleh peguamnya.

“Saya memang agak kesal dan terkejut dengan syarat-syarat tidak berasas yang ditetapkan itu,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Tambah Mohamed Fahmi yang bekerja dalam sektor kewangan, dia pelik apabila diberitahu iserinya tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar dari Johor bagi bertemu dengannya dan menyifatkan perkara tersebut seolah-olah sengaja dirancang pihak ketiga.

Dalam pada itu, Fahmi mengakui hubungan dia dengan ibu bapa mentuanya mula bergolak selepas berkahwin dengan Nynaa.

Tidak dapat memastikan punca sebenar, Mohamed Fahmi memberitahu berlaku beberapa isu antara mereka antaranya melibatkan faktor kewangan.

“Sebelum berkahwin, hubungan saya dengan keluarga dia memang sangat baik dan kami rapat. Tapi selepas kami bertunang, keluarga dia terutama ibu dia lain sikit dari segi layanan. Sejujurnya memang ada isu antara saya dan ibunya.

“Ada beberapa isu dan salah satunya melibatkan kewangan. Tapi saya tak dapat mengesahkan isu itu menjadi punca sebab saya sendiri tak tahu apa sebenarnya masalah yang menyebabkan hubungan saya dengan keluarganya jadi begini,” ujarnya.

Untuk rekod, Mohamed Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Terdahulu pada 3 November lalu, Mohamed Fahmi mendakwa isterinya ‘dilarikan’ oleh bapa mentuanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama dan tidak pasti di mana isterinya berada.

Rentetan itu, bapa Nynaa iaitu Harizal Hashim yang juga bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas kesalahan mengugut dengan menggunakan pistol ke atas seorang lelaki minggu lalu.

Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25, bagaimanapun tampil menafikan mengenai dakwaan dan telahan suaminya yang memaklumkan bahawa dirinya telah dilarikan oleh keluarga sebelum dia membuat tuntutan cerai.

Selang seminggu iaitu pada 11 November, Mohamed Fahmi membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran sejak 2 November lalu.

Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.

Kontroversi dan kemelut perkahwinan mereka yang tidak sampai usia tiga bulan menjadi semakin tegang apabila pelakon itu pada 10 November memfailkan permohonan cerai kepada suaminya.

Semalam, Nynaa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru bagi menghadiri satu prosiding sebutan permohonan perceraian secara baik dengan Fahmi.

Permohonan perceraian dengan talaq atau dengan perintah atau lazim dirujuk sebagai Perceraian Cara Baik dibawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.

Mahkamah menetapkan tarikh 25 Disember ini sebagai sebutan semula untuk penyerahan notis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI