fbpx

UNESCO iktiraf Bandar Raya Kuching Bandar Raya Kreatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Bandar Raya Kuching kini diisytiharkan sebagai Bandar Raya Kreatif oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori gastronomi.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pengumuman melalui surat yang dikemukakan pihak UNESCO bertarikh 16 November lalu itu membuktikan komitmen berterusan Malaysia dalam mempromosikan negara ini di peta dunia.

Beliau berkata, pengiktirafan tersebut adalah sejajar dengan hasrat Malaysia untuk memupuk elemen inovasi dan kreativiti sebagai pemacu ke arah pembangunan bandar raya yang lestari dan inklusif di rantau ini bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan.

“Kejayaan ini juga adalah hasil daripada kerjasama padu di antara pihak kementerian, Kerajaan Negeri Sarawak, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kementerian akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri serta pemegang taruh yang terlibat bagi memperhalusi strategi yang lebih pragmatik ke arah mempergiatkan lagi program serta aktiviti yang dapat memperlihatkan Bandar Raya Kuching sebagai sebuah Bandar Raya Kreatif,” katanya dalam satu kenyataan hari i – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI