fbpx

Kolej Ketengah tawar lima program baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaidi (dua dari kiri) menyampaikan anugerah Guru Cemerlang kepada Wan Ahmad Jafni Wan Musa yang berkerusi roda di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bakal menawarkan lima program baharu kepada pelajarnya bagi sesi kemasukan Jun 2022.

Pengerusi Kolej Ketengah, Zaidi Muda berkata, empat daripada program baharu itu di peringkat diploma iaitu Bahasa Inggeris, Pemasaran, Perakaunan serta Pembangunan Sukan Golf.

Beliau berkata, kesemua program tersebut melibatkan kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Kita juga dalam peringkat perbincangan bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

“Buat masa ini Kolej Ketengah di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, hanya menawarkan satu program diploma dan lima kursus teknikal.

“Kita harap program-program baharu ini dapat diperkenalkan pertengahan tahun depan,” katanya selepas menyampaikan anugerah Guru Cemerlang sempena sambutan Hari Guru peringkat Marang di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI