fbpx

Hoong Fong Ketua Polis Daerah Klang Selatan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunaidi (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas antara Shamsul Amar (kiri) dan Hoong Fong hari ini. -FOTO AFIQ RAZALI

KLANG – Superintendan (D3) Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Klang Selatan yang baharu, hari ini.

Beliau menggantikan Senior Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli yang dilantik Timbalan Pengarah (Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan itu disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

Hoong Fong dalam ucapannya memberitahu ini merupakan satu amanah baharu dan besar tambahan daerah Klang Selatan antara daerah mencabar di negeri ini.

“Justeru, saya akan merangka gerak kerja efektif dan efisien dalam memastikan IPD ini terus cemerlang.

“Saya berharap mendapat sokongan kuat daripada warga IPD dalam hala tuju memantapkan perkhidmatan kepada pemegang taruh khususnya rakyat,” katanya.

Sementara itu, Shamsul Amar menzahirkan penghargaan kepada Arjunaidi yang mempunyai pengalaman luas atas didikan sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Klang Selatan.

“Saya berpeluang berkhidmat dengan tiga Ketua Polis Selangor termasuk Arjunaidi dalam memberikan bimbingan seterusnya membantu dalam menangani segala cabaran dengan jayanya,” ujarnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI