fbpx

Lebih separuh keluasan Malaysia kawasan hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Malaysia masih mempunyai kawasan berhutan seluas 18.27 juta hektar atau 55.31 peratus daripada keluasan tanah negara sehingga 2018.

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju berkata, ia membabitkan hutan simpanan kekal (HSK) seluas 10.92 juta hektar atau 33.06 peratus, selain kawasan perlindungan (PA) dan perlindungan sepenuhnya (TPA) sebanyak 3.31 juta hektar (10.01 peratus) serta hutan berstatus tanah kerajaan ialah 4.04 juta hektar (12.24 peratus).

“Kementerian menafikan dakwaan National University of Singapore mengenai penyusutan liputan hutan di Malaysia. Malaysia sudah menyatakan komitmen untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok dan kawasan berhutan.

“Ini termasuk dengan syarat negara maju mengekalkan 30 peratus daripada keluasan tanah negara mereka sebagai kawasan berhutan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Ali, Malaysia menetapkan definisi hutan nasional sebagai sesuatu kawasan merangkumi keluasan melebihi 0.5 hektar termasuk hutan semula jadi atau asli dan ladang hutan tidak termasuk pokok yang ditanam bagi tujuan pertanian atau penggunaan tanah bandar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI