fbpx

Jenazah Mohamad Affendi selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBU Allahyarham menyiram air dikubur anaknya pada majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah di Rompin hari ini. -Foto SHEIKH AHMAD RAZIF

ROMPIN – Jenazah Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah malam ini.

Jenazah Allahyarham yang tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 7.28 malam selepas disembahyangkan di Masjid al-Muadzam selesai dikebumikan pada pukul 8.30 malam.

Upacara pengebumian disempurnakan dengan istiadat ketenteraan menyaksikan keranda yang membawa jenazah dilitupi jalur gemilang dan diusung oleh anggota tentera berpakaian istiadat.

Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Asghar Khan Goriman Khan serta beberapa pegawai kanan TUDM turut hadir memberi penghormatan terakhir.

Turut hadir kedua ibu bapa Allahyarham Bustamy Tuakal, 70, dan Razilah Daud, 52.

Selesai pengebumian, Mohd. Asghar Khan menyerahkan Jalur Gemilang kepada isteri Allahyarham Mohamad Affendi, Nurul Izzati Shari, 31, disusuli tabik hormat sebagai tanda penghormatan terakhir.

Mohamad Affendi yang bertugas di Labuan, Sabah terkorban ketika sedang menjalani latihan penerbangan di Pangkalan Udara Butterworth semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.07 malam Allahyarham terkorban selepas pesawat jenis Hawk 108 yang sedang menjalani latihan itu terhempas.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI