fbpx

Homevest terima pengiktirafan Malaysia Book of Records

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Homevest ketika mendapat pengiktirafan dan penghargaan Malaysia Book of Records baru-baru ini.

PETALING JAYA – Syarikat pelaburan, pengurusan dan pembangunan hartanah terkemuka, Homevest tersenarai dalam Malaysia Book of Records selepas diiktiraf sebagai syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan Program Pemilikan Rumah untuk Pekerja (HOPE).

Pengarah Urusan Kumpulan Homevest, Datuk KY Lim berkata, sejak dilancarkan pada 2020, HOPE telah menyumbang kepada penambahbaikan program pengekalan bakat di pelbagai syarikat.

“Memahami kesukaran dihadapi majikan dalam mengekalkan pekerja disebabkan oleh kekurangan pengiktirafan dan penghargaan serta faedah syarikat yang mampu ditawarkan, HOPE hadir untuk membantu.

“Ia mampu membantu majikan di Malaysia memperkasakan pekerja mereka untuk memiliki rumah idaman masing-masing.

“Majikan boleh menggunakan program ini untuk mendorong dan memberi ganjaran kepada pekerja mereka yang layak,” katanya.

Menurutnya, faedah program tersebut setara dengan faedah syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500, yang akhirnya mewujudkan suasana pekerjaan yang positif serta bermanfaat.

Sementara itu, serentak pada 15 November lalu berlangsung simbolik majlis penyampaian sijil Malaysia Book of Records di ibu pejabat syarikat tersebut di Kota Damansara di sini.

Pelancaran turut diserikan dengan kehadiran Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara, Datuk Azuan Effendy, Ketua Eksekutif Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, Penasihat HOMEVEST, Datuk Wira Haji Muhammad Faizal Zainol dan tetamu kehormat lain.

“Kami amat berbesar hati kerana HOPE telah diiktiraf oleh pihak yang penting dan relevan dalam industri sebagai sebuah penyelesaian faedah pekerja yang inovatif di Malaysia.

“Dasar dan visi kami ialah untuk membentuk komuniti ‘smart living’ dengan hubungan yang erat,” tambah KY Lim.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Homevest, Datuk Marcus Low berkata, syarikat mereka menjadi pengurusan hartanah yang pertama melancarkan stor rasmi dalam platform e-dagang terkenal, Shopee baru baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI