fbpx

12 PATI sembunyi dalam semak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI warga Myanmar yang ditahan dekat kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, semalam.

BUKIT KAYU HITAM – Cubaan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) menyeludup masuk ke negara ini menerusi sempadan Malaysia-Thailand gagal apabila mereka ditahan berhampiran Jalan Bukit Kayu Hitam – Felda Bukit Tangga di sini semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri (2 Divisyen) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kumpulan PATI warga Myanmar itu disedari anggota bertugas kira-kira pukul 1 pagi.

Katanya, semasa kejadian anggota sedang melakukan rondaan di jalan keselamatan sempadan di sektor Ops Benteng kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri.

“Anggota mengesan tanda kesan potongan pada pagar keselamatan selain kesan tapak kaki manusia yang menghala ke kebun getah.

“Susulan itu, anggota terus melaksanakan penjejakan berdasarkan tapak kaki sebelum berjaya menahan sembilan lelaki dan tiga wanita yang bersembunyi di dalam semak,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kesemua PATI tersebut kemudian dibawa ke pos keselamatan untuk siasatan awal.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua mereka merupakan PATI warga Myanmar berusia 20 hingga 42 tahun yang cuba memasuki negara ini melalui laluan tidak sah.

“Turut dirampas mata wang Thailand, telefon bimbit dan barang kemas yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM3,748.80,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI