fbpx

Payal Ghosh derma rambut bantu pesakit kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAYAL GHOSH

SEMPENA hari lahir yang ke-32 baru-baru ini, aktres Payal Ghosh ‘mengorbankan’ rambutnya untuk didermakan kepada kanak-kanak penghidap kanser.

Ujar Payal, rambutnya didermakan kepada pesakit kanser di Hospital Wockhardt di Mumbai, India.

Pelakon filem Patel Ki Punjabi Shaadi itu terpanggil berbuat demikian kerana kehilangan ibunya akibat penyakit sama.

“Saya kehilangan ibu akibat kanser sewaktu berumur enam tahun. Saya selalu melawat hospital untuk menziarahi pesakit kanser dalam kalangan kanak-kanak. Tidak adil mereka perlu menanggung kesakitan pada usia yang sangat muda,” katanya.

Selain membantu pesakit kanak-kanak yang menderita akibat kanser, Payal juga aktif dalam kerja kebajikan apabila turut memberikan sumbangan berupa katil hospital, ubat-ubatan dan tangki oksigen sewaktu sambutan hari jadinya pada 13 November lalu.

“Bantuan saya mungkin tidak seberapa. Tapi saya akan cuba membantu mereka yang memerlukannya sebaik mungkin,” kata Payal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI