fbpx

Mahkamah arah anak angkat Rumah Bonda diserah pada JKM 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang merupakan anak angkat pemilik Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali diperintah untuk diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Norfarahain Roslan memutuskan demikian selepas mendengar hujahan daripada peguam-peguam dan keterangan saksi-saksi yang mewakili pemohon dan responden dalam permohonan tersebut.

Peguam Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili ibu remaja perempuan itu ketika ditemui selepas prosiding kes berkata berikutan keputusan mahkamah tersebut remaja berkenaan akan ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak (RKK) Rembau di Negeri Sembilan sehingga berusia 18 tahun.

Sementara itu peguam Nur A’minahtul Mardiah Mohd. Nor yang mewakili Siti Bainun ketika ditemui berkata, anak guamnya tidak membantah untuk remaja itu diserahkan dan dijaga kepada JKM.

“Dalam prosiding hari ini, anak guam saya ada  membaca pernyataan untuk mahkamah merekodkan antaranya iaitu mana-mana pihak yang menjaga remaja itu, perlu memastikan keselamatan, kesihatan dan juga pendidikannya dengan baik,” katanya.

Ujar peguam itu lagi, mahkamah kemudian menetapkan 1 Disember ini untuk mendengar dua lagi permohonan hak penjagaan di bawah jagaan Siti Bainun.

Pada 2 November lalu, mahkamah sama, memerintahkan seorang kanak-kanak lelaki warga tempatan berusia dua tahun yang merupakan anak angkat pemilik Rumah Bonda Siti Bainun di serahkan kepada ibu kandungnya.

Mahkamah membuat keputusan itu, selepas meneliti laporan yang disediakan pegawai pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hak penjagaan bagi kanak-kanak berkenaan diberikan semula kepada ibu kandungnya.

Pada 28 Oktober lalu, mahkamah sama memerintahkan seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia berusia tiga tahun yang merupakan anak angkat pemilik Rumah Bonda Siti Bainun diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI