fbpx

Siti Rosmizah rayu kerajaan benarkan pelakon kanak-kanak masuk set

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penerbit dan juga penulis karya terkenal, Siti Rosmizah Semail merayu dan memohon kepada pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya membenarkan pelakon kanak-kanak dibawah usia 12 tahun dibenarkan menjalani penggambaran seperti biasa.

Ujar Rosmiza, larangan ke atas pelakon kanak-kanak untuk terlibat dalam sebarang aktiviti penggambaran seperti yang diumumkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) atas arahan KKM telah memberi cabaran bukan sahaja kepadanya, bahkan juga kepada pihak produser dan pengarah lain.

“Finas atas arahan KKM tidak membenarkan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun untuk berlakon. Perkara ini menjadi cabaran besar kepada kami.

“Seperti drama Cukup Derita Itu 2 yang bakal ditayangkan nanti (malam ini) Saya terpaksa membuat rombakan pada skrip sebab dalam cerita asal (Cukup Derita Itu 1) ada watak melibatkan kanak-akank iaitu bayi berusia lapan bulan dan setahun. Namun watak mereka terpaksa dibuang,” kata Rosmizah.

Kata penulis novel itu lagi, disebabkan larangan prosedur operasi standard itu, hampir keseluruhan watak kanak-kanak dalam drama tersebut dirombak dan tidak memaparkan langsung adegan melibatkan kanak-kanak dalam drama itu.

“Jalan cerita masih sama. Cuma adegan yang melibatkan kanak-kanak, kita terpaksa ‘berpura-pura’ dengan mengatakan mereka (kanak-kanak) berada dalam bilik atau sedang tidur,” jelasnya.

Kata Rosmizah lagi, dia pernah membuat surat rayuan kepada pihak Finas untuk membenarkan pelakon kanak-kanak menjalani penggambaran, namun ditolak atas arahan KKM.

“Jadi bagaimana? Adakah akan tidak ada langsung watak kanak-kanak dalam drama sebab mereka tidak dibenarkan untuk masuk ke set penggambaran.

“Saya minta sangat supaya kerajaan memberi kelonggaran supaya membenarkan pelakon kanak-kanak dibenarkan masuk ke set penggambaran,” katanya.

Jelas Rosmizah lagi, mereka (kanak-kanak) bukan tidak mahu divaksin, tetapi mereka masih belum boleh divaksin kerana faktor masih di bawah umur.

“Tapi Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin ada memberitahu bahawa kanak-akank bawah umur 12 tahun boleh divaksin atas persetujuan penjaga mereka.

“Namun, yang menjadi persoalan saya, jika mereka bersetuju untuk divaksin, adakah kerajaan akan membenarkan pelakon kanak-kanak itu untuk berlakon?

“Saya cuma terkilan sebab larangan ini menjadikan sesuatu karya menjadi tidak sempurna. Saya mahu bekerja, tetapi tidak mahu melanggar SOP,” jelasnya.

Terdahulu, Rosmizah ditemui pada sidang media secara virtual bagi mempromosikan drama Cukup Derita Itu 2 yang akan ditayangkan pada malam ini pada pukul 10 malam di TV3.

Cukup Derita Itu 2 arahan Along Kamaludin dibintangi pelakon Hisyam Hamid, Ruhainies dan Chacha Maembong. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN